sayang hanya dimulut,
sayang yang sementara,
sayang yg berbagi,
sayang yang sementara,
sayang kepentingan isi,
sayang tiada ikhlas dihati.
sayang dihati,
sayang sehingga mati,
sayang tidak belah bahagi,
sayang sehingga mati,
sayang kehidupan diri,
sayang sehingga mati,
sayang yg kekal kini,
sayang hingga ajal kemari.
sayang dan sayang,
sayang hidupan kini tiada rasa,
sayang hidupan kini kebanyakan buta,
sayang kehidupan kini hilang hala,
sayang hidupan kini mudah menjadi mangsa,
sayang dan sayang,
sayang dunia untuk kebaikan,
sayang ilmu untuk pengetahuan,
sayang diri untuk masa depan,
sayang semua dengan penuh perasaan.
sayang dan sayang,
wujudkah semua rasa sayang itu,
kekalkah semua rasa sayang itu,
benarkah semua rasa sayang itu,
sayangkah dengan perasaan sayang yg begitu.
seawalnya sepadu sepakat,
kini ia hilang semangat,
tiada kata benar,
penuh kata helah,
tiada lagi satu pegangan,
kini ia terlerai dari gengangman,
dulu ia sekadar jenaka,
kini ia menjadi cerita,
dulu ia dikagumi,
kini ia dibelakangi,
ditatap air yg jernih menampakkan bayangan sendiri,
dilihat awan yang tinggi,
dilupa darat yg dijejaki,
dipandang bawah,
dilupa atas,
hilang perpaduan sama,
hilang satu ikatan mesra,
ubah pandangan,
ubah bicara,
jangan hilang pengangan,
dari hilang segala.
aku melihat kini,
tiada apa yang boleh dipegang dengan kepercayaan,
hanya kata-kata dan kegunaan diri,
yang penting untuk meneruskan kehidupan.
rahsia boleh disimpan,
tetapi hakikat bukan kita yang rancang,
sekejap boleh dirasai gembira,
sekelip mata boleh hilang segala,
permainan dunia lakonan semata-mata,
hidup penuh puraan,
tiada rasa,tiada duga,
patah tumbuh hilang berganti,
kesenangan diri boleh dicari,
kepercayaan hati takkan wujud lagi.
Hidup perlukan banyak kesabaran,
manusia akan selalu mendapat dugaan,
hidup tidak selalu senang,
hidup tidak selalu susah,
setiap apa yang kita perolehi adalah rezeki,
hidup hendaklah sentiasa bersyukur,
kerana syukur itu adalah nikmat hidup kita,
hidup adalah sementara,
nikmat hiduplah yang utama,
pelbagai pekara yang kita lalui,
kerana itulah jalan kehidupan kita,
terimalah apa yang mendatang,
lupakan apa yang hilang,
semua itu adalah satu putaran,
setiap yang datang akan pergi,
setiap yang pergi akan mendatang yang baru,
kerana itulah KEHIDUPAN.
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa
ibu menangis?”
“Kerana aku seorang
wanita”, kata sang ibu kepada anaknya.
“Aku tidak mengerti”,
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, “Dan kau tak akan pernah
mengerti”
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?”
“Semua wanita menangis
tanpa alasan”, hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?”
Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan ”
“Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya ”
“Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya ”
“Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.”
“Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada.”
‘KEHIDUPAN’
Pasukan Prihatin Maya Kelantan
PRIMA
akan menganjurkan JOGGING RAKYAT (JR) pada setiap ahad,selasa dan khamis ,
bertempat di taman rekreasi tengku anis,pengkalan chepa..
program (JR) ini akan bermula pada seawal jam 5.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang.
Semua warga Prima fans dijemput hadir.
Perkataan yang selalu keluar dari mulut perempuan
Posted: 29th August 2009 by Fairuji in feelTags: pos ofis
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.
‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.
JULIANA BONUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600
MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005
TUAN,
PER : SURAT BERHENTI KERJA
Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-
1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5?S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja
jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk… ..
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…
12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!
15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan……Aminnnn
Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … … … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.
**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … … … …
SEKIAN, TERIMA KASIH
p/s : untuk-untuk korank yang nak buat resign letter..jgn korank taip cm yang kat atas lak….Itu boleh mendatangkan marah~!



