
korank nak edit gamba korank camni…jom layari web ini

ini adalah kesah semasa zaman persekolahan ku dulu..kesah cerita ini di jumpai pada kurun 2001 masehi dan cerita ini telah aku menampal nya di Buletin board di sekolah sehingga sekarang masih lagi ada tertampal..same-same kita ikuti kesah ini…..
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
syahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma . Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku……..
Ikuti sambungan kesah ini di ARIYAKO.ORG
Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza.
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya…
berkawan hanya sekadar dikenali,
bersahabat lebih mengenali,
kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,
kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,
penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,
naik hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,
jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,
punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya.

ku di depan gerai murtabak…bauu nyer bestt

ini kedai kueh yang aku bli..tpi bli tak bnyak arr.. aku bli satu jenis jer pon..kekek

hoooo…yang neh cam best jer. ekeke…cam best jer

ni lor pasar siti khadijah yang skunk

nie kawasan yang berhampiran

nie pon same…kawasan sekitar bandar..
Aku yang masih sendiri mencari-cari erti hidupku ini,
aku yang kesunyian mencari-cari teman hidup semati,
buntu..aku buntu dalam pecarian hidupku,
lelah..aku lelah mecari suatu yang tak kutemui,
Hilang nya menghilang jauh kedalam makin mendalam,
aku yang duduk termenung memandang langit yang tak berbintang,
melamun jauh aku melamun..mencari-cari yang tak kutemui,
biarkan aku ini terus mencari dan mencari,
biarkan aku ini terus menghilang dan menghilang,
merenung aku dan merenung..merenung langit yang tak berbintang,
berlayang aku dan berlayang..berlayang terbang jauh menghilang,
aku yang masih sendiri,mencari-cari diriku yang pasti.