Tips lelucky
By FairujiDikutip dari blog tah sape-sape
ciri-ciri wanita yang tidak perlu dijadikan teman
Selidik, teliti dan kaji betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. Awasi ciri-ciri wanita mengapa perlu di hindari.
1. Wanita Feminis
Wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa seglanya penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan
2. Wanita kaki kikis
Wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Wanita pengikis ini memerlukan maintenance yang tinggi. Mereka mengharapkan lelaki menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.
3. Wanita berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi nyata. mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa
4. Wanita ilusi
Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaitu seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melakukan sesuatu untuk membalas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang
5. Wanita Perasan bagus
Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereka mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi
6. Wanita keliru
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu-ragu dengan penempilan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih daripadanya
7. Wanita terdesak
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera
8. Wanita tamak haloba
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syart kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.
9. Wanita pengoda
Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu
10. Wanita QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. DIa akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya
perempuan yang tak sepatut nyer lelaki dekati
“Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini
1. Wanita kategori liar. Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.
ape yang orang lelaki suka dan tidak suke
Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
ciri-ciri lelaki yang ske kat korank pompuan neh
| 1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. 3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. 4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. 5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. 6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. 7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya. 8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya. 9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga. 10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu. 11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu. 12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia. 13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya. 14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu. 15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu. 16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu. 18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi. 19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia! 20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu. 21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya. 22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu. Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas? Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup… |


