Menunggu saatnya bahagia,
sangat sukar untuk dirasa,
Datangnya dugaan menimpa,
Hilang segala cerita indahnya,
Tergolak jiwa menahan derita,
Menahan beban sebak didada,
Seolah terbuka satu kisah lama.
Jeritku kini tiada didengari,
nangisku kini hanyalah sendiri ,
sedihku kini tiada yang ngerti,
siksanya hanya aku yang merasai.
perjalanan kini tidak sekata,
hilang sebahagian dari segala,
pasrah dengan segala bicara,
redha dengan segala cerita,
sayangku akan terus ada,
biarpun jiwa yang tersiksa,
cinta akan tetap setia,
kerana Ikhlas datang dari -Nya.
jiwang duh.. kawan aku sorang nie..
puitis2…haish…susah kalu aliran sastera nih…hihi