Tentangnya

tersedih hati akan duka,

terseksa diri akan derita,

masih terkenang kisahnya lama,

tertutup hati dari gembira.

termenung jauh terfikir diri,

yang sunyi sepi tiada beerti,

keseorangannya membawa diri,

sentiasa cuba hiburkan hati.

rapuh akan hati dalamnya,

walau teguh akan luarnya,

bertahan sentiasa sendiriannya,

tangis sedu membasahi pipi halusnya.

adanya penghibur buat menemani,

tersenyum hati gembira kembali,

terkadang terhibur terkadang menyepi,

tidak dirinya selalu menghayati.

kata lajak dari penghibur,

mengundang sedih lalu menyepi,

tersalah laku akan penghibur,

terdiam akur lalu menyepi.

bimbang akan hati penghibur,

risau termenung si bidadari,

gelisah penghibur mengenang diri,

kerana tersinggungnya si bidadari.

Tersedar akan satu sifat,

Hati bidadari yang sangat tenat,

Terbongkar akan satu pengikat,

perasaan sayang bidadari yang kuat.

takut akan punca pengikat,

hati gembira menjadi malap,

gelak tawa hilang termendap,

sekelip mata menjadi gelap.

cuba penghibur bertahan tegap,

cuba memahami walaupun gelap,

biarlah penghibur berduka tetap,

menerangi bidadari dari bergelap.

Insya’ALLAH.

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <img src="" alt="" class="">

http://fairuji.ariyako.org/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
more...