Setiap kali terduka hati,
Perasaan sedih ia kembali,
Mengenang nasib menimpa diri,
Perasaan marah dipendam hati.
Dulu dirai bagai keluarga sendiri,
Susahnya senang sentiasa disisi,
Tidak menghirau perasaan sendiri,
untuk rakan tidaknya sunyi.
Begitu pengorbanan berat sekali,
Untuk rakan dijaganya hati,
Setiap permintaan ia dipenuhi,
Setiap perkataan dijaga rapi,
Kini rakan menikam diri,
Tidak menduga ini terjadi,
Kecewa terbit darinya hati,
Tidak tergambar terdiam sepi.
Tidak terluah perasaan hati,
Menahan rasa sebaknya diri,
Tidak termampu menahannya lagi,
Terjatuh air mata mengalir dipipi.
Disatu sudut perasaan benci,
Ia mula menguasai diri,
Kuatkan iman di dalam hati,
Kerana itu senjata diri.
Begitu dugaan yang datang kini,
Mengenang rakan menikam diri,
Biarpun marah kuatkan hati,
Kerana ALLAH sentiasa memerhati.