Monthly Archives: March 2012

Yang terpaut

Terpandang akan satu perwatakan,
tertarik dengan sifatnya sopan,
halusnya kulit ayunya rupa,
tegas diluar akan gayanya,
terserlah lembut dalam hatinya,
biarpun angkuh dengan katanya,
tersembunyi satu sifatnya mesra,
diselami akan isi hatinya,
tersembunyi akan satu pekara,
masa lalunya tidak dilupa,
kepercayaan hilang dari dirinya,
kata bicara tidak laginya gula,
untuk mendapat hatinya semula,

terlihat akan satu cahaya,
sinar harapan mohonnya tiba,
diminta agar terbuka hatinya,
menerima kasih dari yang meminta,
walaupun jauh dari pandangan,
satu sudut wujudnya perasaan,
setiap hari cerita dikarang,
semakin terserlah perasaannya bimbang,
semakin meronta hati menahan,
semakin dalam akan rinduan,

terdetik akan satu kenangan,
semoga ia tidak terulang.

 

writing by fairuji

 

apakah erti kehidupan kini?

Terbang burung bebas….jalan manusia sesak,
sayang burung disarang…sayang manusia kehausan,
terbit matahari terbang burung mencari makan,
terbit matahari pulangnya manusia dari malam,
indahnya burung bebas berkicauan,
indahnya manusia..bebas berkata kata,
termenung burung penuh ketenangan,
termenung manusia penuh dengan rancangan,
jatuhnya burung kerana cacing ditanah,
jatuhnya manusia kerana helah,
sekecil burung luas pandangan,
sebesar manusia kecil pemikiran,
pupusnya burung kerana kitaran,
pupusnya manusia kerana kejahilan,
sekian burung kembalinya ke sarang,
sekian manusia kembali ke pangkal jalan.
writing by fairuji